Wednesday, 17 May 2017

2 BULAN AMBIK MASA REPLY 200 LEBIH DIRECT MESSAGE !

Assalamualaikum,

Sihat tubuh badan ,akal fikiran, dan hati ? Alhamdulillah kena ucap syukur setiap hari, di awal pagi. Tak kisah lah apa cerita korang semalam, yang penting setiap hari bangun pagi. Its a new fresh start ! Itu yang korang, dan maira kena pegang. Allah dah bagi kita bernafas lagi hari ni kan?

Sebelum ni  maira selalu share dekat my instagram Nurul Nabila Humaira . Mula-mula share gambar masa breakout teruk tu, tak sangka akan dapat respon dari RAMAI ORANG ! Seriously, you can't imagine berapa ratus dalam masa dua hari yang DM dekat Instagram maira, tak masuk yang followers naik 2k in 3 days ! *tipu berdosa* Haaa..boleh lah korang buat TIPS NAIKKAN FOLLOWERS !

Kenapa ambik masa sampai 2 bulan nak reply semua mesej tu? Sebab masa tu maira tengah buat persiapan nak kahwin. So busy dengan meniaga lagi. Yes, masa tu maira meniaga Nasi Kerabu Golok! So memang penat serious , nak reply semua. I bukan retis uolls, So 'message shock' sikit lah kan.

Ramai tanya macam mana maira boleh confident nak share gambar tengah breakout kan? Rasa cantik sangat ke nak share gambar tengah breakout ? kah !kah ! Sebenarnya tengok muka sendiri pun geli yang amat tau tak ?! Hadoi, do you think i confident enough ke? I decide untuk share gambar tu, bila i dapat macam 'harapan' . I know this is temporary !

You know what, i scroll , read , dan reply semua yang DM dekat instagram. Ada yang makan masa selepas sebulan baru sempat reply. Im so sorry girls ! Bila baca tu kan, ramai yang bagi cadangan klinik, cadangan produk, nak bagi FREE produk, bagi nasihat , bagi cadangan skincare routine.

Benda paling maira rasa touching kan, dan buat rasa nak nangis, pakat sharing atau 'empathy' seolah-olah maira ni dekat dan rapat sangat dengan diorang ( read macam nak hug sorang-sorang ) .I feel so blessed, rasa sangat disayangi dan ramai prihatin sangat dengan masalah kulit maira. Ada jugak yang share bagi harapan, ayat-ayat diorang like maira ni adik, kakak atau anak diorang .

"THOSE YANG MESSAGE MAIRA BAGI KATA-KATA SEMANGAT, I REALLY APPRECIATE IT,YOU KNOW WHO YOU ARE 💟"
Hanya Allah mampu balas.



Gambar : Ini maira pick random antara mesej yang diorang bagi. Banyakkk sangat !


Ada yang tengah hadapi masalah sama macam maira pun ramai mesej. Minta nasihat macam mana nak confident untuk keluar jumpa orang tengah breakout, minta maira share kalau ada jumpa cara untuk ubati breakout . Ramai mengadu sebab salah guna produk tempatan. Maira tak berani nak mention, kang nanti kena saman uolls nak tolong bayarkan ke ? Haha! Cukup korang tahu dan kena ada rasa was-was dengan produk yang entah dari mana atau berlambakan di merata tempat. Ingat ! Famous tak semestinya bebas bahan kimia merbahaya ! Jadi bijak , jangan mudah terpengaruh sangat dengan iklan .

Masa mula-mula tu tak berani nak share dekat Facebook sebab macam malu. Instagram dia lain sikit. Kan? Kalau facebook rasa macam 'terbukak' tak tahu why. Kalau share dekat instagram macam rasa 'selamat' sikit. Tapi itulah, cuba jugak habiskan reply mesej tu sampai lah lepas kahwin bulan January 2017 . Ada berbaki yang belum reply.

Terima kasih korang tips. Yang tak ter reply, maira minta maaf sangat-sangat. Tapi maira appreciate korang sanggup nak DM maira semua tu . Ada yang boleh maira amalkan, maira buat. Ada yang maira tak berani doktor kulit maira tak bagi, maira tak buat. I trust my doctor ! InsyaAllah.

Siapa nak sambungan #ceritamaira ? 

No comments:

Post a Comment

Follow by Email

Total Pageviews